Safar Untong
KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong berkata, plat kenderaan yang ditularkan adalah bukan atas permintaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Dato’ Wan Ismail.
Safar berkata, beliau mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.
“Adalah menjadi amalan Kerajaan Negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berbahagia isteri, Yang Amat Berhormat Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VVIP ke Negeri Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi.
“Kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut.
“Kerajaan Negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan semasa berada di Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.































