Hajiji disambut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mohd. Azhar Hamin ketika tiba di Masjid Negeri.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Doa Kesyukuran sempena sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H/2026 di Masjid Negeri di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW Sabah Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif,: Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman serta tetamu lain.
Lebih 1,000 jemaah menyertai bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.
































