KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menerima hadiah istimewa berupa beras premium Sabah daripada Pegawai Pertanian Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS), Jenna Johnny Kulai sempena sambutan ulang tahun kelahirannya, sambil disaksikan Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam; Datuk Jerry Ambuting Mohd Said, serta beberapa pemimpin lain di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). (Gambar)
Beras premium berkenaan merupakan beras kampung padi bukit hasil tanaman pesawah tempatan dari Tambunan dan Ranau yang melambangkan potensi besar sektor pertanian negeri, khususnya dalam memperkasa industri padi serta memperkukuh agenda keterjaminan makanan Sabah.
Hadiah istimewa itu adalah simbolik penghargaan terhadap komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa sektor pertanian dan meningkatkan pengeluaran makanan tempatan demi kesejahteraan rakyat.
































