KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271 di Istana Negara, hari ini. (Gambar)
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini.
Kelmarin, Hajiji telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-148 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen di sini.






























