Natalia Nadirah Saiman
KOTA KINABALU: Sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Ibis Styles Kota Kinabalu Inanam mengundang orang ramai untuk menikmati pengalaman berbuka puasa istimewa menerusi bufet “Harmoni Rasa – Ramadan Iftar: Authentic Local Flavours” yang akan berlangsung di Gabion Bistro bermula 26 Februari hingga 15 Mac 2026.
Bufet berbuka puasa itu ditawarkan setiap hari dari jam 6 petang hingga 9 malam, dengan penekanan kepada cita rasa tempatan Sabah serta hidangan tradisional kampung yang dekat di hati masyarakat.
Antara sajian utama yang disediakan termasuk Daging Masak Rendang, sate panas bersama kuah kacang, lemang dan ketupat pandan, kambing bakar serta pelbagai pilihan kuih-muih tradisional Melayu.
Turut menjadi tarikan ialah stesen penyediaan penjaram secara langsung, iaitu kuih ikonik Kota Belud yang dihidangkan segar setiap hari kepada para pengunjung.
Timbalan Pengurus Besar Ibis Styles Kota Kinabalu Inanam, Natalia Nadirah Saiman berkata, konsep Harmoni Rasa direka sebagai ruang yang selesa dan mesra bagi membolehkan keluarga, rakan serta rakan sekerja berkumpul dan mengeratkan silaturahim selepas seharian berpuasa.
“Bufet ini diinspirasikan daripada rasa-rasa yang biasa dan mengujakan, membawa nostalgia hidangan rumah ke dalam suasana berbuka puasa yang santai dan menyenangkan,” katanya.
Bagi memberi peluang kepada lebih ramai menikmati pengalaman tersebut, pihak hotel menawarkan harga promosi awal (early bird) pada kadar RM88 seorang sehingga 10 Februari 2026, termasuk untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Harga biasa bufet ditetapkan pada RM108 bagi dewasa dan RM58 bagi kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun. Ahli Accor turut layak menikmati diskaun 10 peratus daripada harga biasa, manakala promosi Buy 10 Free 1 ditawarkan bagi harga dewasa biasa sahaja.
Selain bufet makan di restoran, pakej Harmoni Rasa turut disediakan dalam bentuk set bungkus pada harga RM49 bersih seorang, sesuai untuk dibawa pulang atau dikongsi bersama keluarga, jiran tetangga serta golongan memerlukan.
Inisiatif tersebut juga selari dengan semangat infaq dan sadaqah sepanjang bulan Ramadan. Orang ramai digalakkan membuat tempahan awal, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
































