Hajiji (kanan) menyambut ketibaan Mohd. Khalid di Sri Gaya hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor bertemu dengan Ketua Polis Negara (KPN), Dato Sri Mohd. Khalid Ismail bagi membincangkan isu semasa dan perkara berkaitan keselamatan di Sri Gaya, di sini hari ini.
Mohd. Khalid diiringi oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun serta pegawai-pegawai kanan dari Bukit Aman.






























