Dr. Gunter menunjukkan sijil pelantikan sebagai Penasihat Blue Economy Sabah yang diserahkan oleh Hajiji semasa kunjungan hormat itu.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor bertemu dengan Prof. Dr. Gunter Pauli, penulis Blue Economy di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Semasa pertemuan itu, mereka membincangkan mengenai Blue Economy serta hala tuju Sabah dalam melaksanakan inisiatif di bawah konsep tersebut bagi menjana kekayaan dan pendapatan baharu untuk negeri ini.
Hajiji turut menyerahkan watikah pelantikan kepada Dr. Gunter sebagai Penasihat Blue Economy Sabah.
Dr. Gunter, 69, merupakan pembicara utama pada Forum Blue Economy ASEAN Ketiga 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya, Datuk Rosmadi Sulai.
































