LAHAD DATU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua pesara sebuah agensi kerajaan negeri kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM6,000.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 11 pagi kelmarin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah Cawangan Lahad Datu.
“Kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2021 semasa masih bertugas di sebuah agensi kerajaan di negeri ini.
“Siasatan awal mendapati mereka mengemukakan tuntutan palsu bagi pembayaran projek pembersihan kawasan dan penanaman kelapa tacunan bernilai kira-kira RM6,000, sedangkan kerja-kerja itu tidak pernah dilaksanakan,” kata sumber berkenaan.
Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu.
“Kedua-dua suspek akan didakwa dalam masa terdekat,” tambahnya.


































