Gambar menunjukkan kawasan gegaran lemah di Sri Medan, Batu Pahat, Johor petang kelmarin.
BATU PAHAT: Satu lagi gempa bumi lemah berlaku di Sri Medan, Parit Sulong, di sini petang kelmarin yang merupakan gempa kelapan di Johor sejak kejadian pertama berlaku di Segamat pada 24 Ogos lalu.
Menurut Utusan Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman web memberitahu, gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 itu berlaku pukul 6.39 petang kira-kira 10 kilometer dari barat daya Yong Peng.
Gempa itu berpusat pada koordinat 1.95 darjah Utara, 102.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.
MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan perkembangan gempa bumi ini.


































