Anwar Ibrahim
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku hasil karya usahawan, ahli ekonomi dan sarjana terkenal China, Dr. Yan Lijin.
Menurut Utusan Malaysia, pelancaran itu diadakan di luar pertemuan perniagaan beliau dengan pelabur dan pemimpin perniagaan China.
Buku berjudul Truly Asia: Malaysia – A Country You Won’t Want To Abandon menzahirkan penghargaan ikhlas Lijin terhadap Malaysia.
“Buku ini berjaya menggambarkan kepelbagaian wajah Malaysia yang kaya budaya, tradisi dan kemodenan, di samping keindahan alam semula jadi yang memukau. Ia bernilai bukan sahaja untuk pelaburan, pendidikan dan eksplorasi budaya, tetapi juga untuk mengenali pesona Malaysia secara menyeluruh.
“Saya menghargai keikhlasan Dr. Yan yang berusaha memperkukuh hubungan antara rakyat Malaysia dan China melalui buku ini, sebagaimana utuhnya persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara,” katanya menerusi platform Facebook hari ini.
































