KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan menganjurkan Majlis Tahlil dan Doa Buatmu Zara Qairina di Dewan Sa’adah, Wisma Muis di sini pada Sabtu, 16 Ogos.
Majlis itu dijadual bermula jam 3.30 petang dengan ketibaan para hadirin, diikuti ketibaan pimpinan Gagasan Rakyat pada jam 4 petang.
Ketua Menteri yang juga Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dijadual tiba pada jam 4.10 petang sebelum majlis tahlil dan doa dimulakan pada 4.15 petang.
Selepas tahlil dan doa, jamuan akan diadakan diikuti sesi bacaan puisi dan pidato solidariti. Majlis dijangka berakhir pada jam 5.30 petang.
Penganjur mempelawa ahli keluarga, sahabat handai dan masyarakat untuk hadir dengan berpakaian warna putih bagi sama-sama berdoa untuk Allahyarhamah Zara Qairina.
































