TAIPEI: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan empat lagi dilaporkan hilang selepas hujan lebat melanda kawasan tengah serta selatan Taiwan sejak beberapa lalu.
Menurut Utusan Malaysia, hujan lebat yang disebabkan oleh aliran udara barat yang berterusan itu turut menyebabkan 49 orang cedera, menurut Agensi Berita Pusat (CNA) yang memetik Agensi Bomba Kebangsaan.
Mangsa yang terkorban termasuk dua orang di Kaohsiung dan seorang di daerah Nantou, dilaporkan akibat kemalangan berkaitan cuaca.
Perdana Menteri, Cho Jung-tai melawat Pusat Operasi Kecemasan semalam dan mengadakan sidang video dengan ketua wilayah yang terjejas untuk menilai usaha tindak balas bencana serta bantuan.
Menurut Jung-tai, kawasan pergunungan di Kaohsiung menerima lebih 2,000 milimeter hujan, dan beliau memberi amaran proses pembersihan dan pemulihan akan mengambil masa lama.
Bagi mengurangkan risiko banjir pada masa hadapan, beliau berkata, kerajaan mencadangkan pelan pengurusan sungan dan penambahbaikan sistem saliran selama empat tahun bernilai AS$3.4 bilion (RM14.4 bilion).
Kos itu termasuk pembiayaan untuk peralatan mengepam air dan infrastruktur pengurusan air yang lain.
































