KOTA KINABALU: Sabah telah dinobatkan sebagai Negeri Paling Cemerlang di Malaysia bagi Tahun 2024 pada Majlis Anugerah ASEAN International Business Review (IBR) yang dianjurkan oleh IBR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini malam ini.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, menerima anugerah tersebut bagi pihak Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor. Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Hakim panel, Datuk Seri Azman Ujang. (Gambar)
Pengiktirafan ini berdasarkan penilaian oleh panel hakim profesional yang terdiri daripada tokoh-tokoh terkemuka dari pelbagai bidang, disokong oleh data daripada penilaian menyeluruh yang dijalankan oleh penasihat pakar.


































