KOTA KINABALU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menerima kunjung hormat Pengarah Pusat Biodiversiti Sabah, Ken Kartina Khamis di Pejabat Pembantu Menteri hari ini. (gambar)
Kunjungan itu adalah untuk memberi taklimat berkaitan majlis sambutan Hari Biodiversiti Sedunia peringkat negeri Sabah tahun 2025 dengan tema “Harmony with Nature and Sustainable Development” yang akan diadakan di Dewan Arena Masyarakat Semporna pada 24 Julai ini.


































