Dexter (dua dari kiri) dan Jainisah (dua dari kanan) bergambar kenangan.
KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sabah dan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) menjalin kerjasama strategik dalam program tahunan, Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Dexter Lau berkata, syarikatnya berbesar hati untuk menyokong konvoi berkenaan sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Selama ini, KTC telah melaksanakan pelbagai program CSR dan peluang kerjasama dengan JAPEN untuk konvoi KMJG ink sememangnya satu peluang yang tidak akan kami tolak.
“KTC sentiasa terbuka dan bersedia untuk bekerjasama lebih-lebih lagi program yang dapat membantu masyarakat.
“Ada banyak perkara perlu dibincangkan dan KTC akan melihat bagaimana untuk membantu dalam konvoi ini terutama dalam aspek menyumbang semula kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui media di sini, pada Isnin.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JAPEN, Peter Tong Ah Pin dan Pengurus Besar Pembangunan Komersil KTC, Sylvia Pius Labani.
































