PETALING JAYA: Seorang polis bantuan didakwa kelmarin kerana didapati membuat laporan palsu berkaitan serbuan ke atas kediaman milik Tan Sri, oleh individu menyamar pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 18 Jun lalu.
Menurut Utusan Malaysia, ia berkaitan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pada mulanya satu laporan polis dibuat lelaki berusia 50 tahun itu pada pukul 8.10 pagi berkaitan serbuan berkenaan.
Katanya, susulan itu, siasatan telah dijalankan polis sebelum keterangan lelaki itu diambil.
“Hasil temu bual awal mendapati lelaki itu memberikan keterangan tidak konsisten dan mencurigakan.
“Dia mengaku membuat laporan polis palsu yang mana dia tidak berada di lokasi kejadian ketika kejadian berlaku,” katanya.
Aidil berkata, tertuduh telah diarah menyerahkan laporan polis dibuatnya untuk dirampas sebagai bahan bukti.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan,” katanya.


































