Dexter bergambar bersama barisan Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Sabah sesi 2025–2028.
KOTA KINABALU: Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC), Datuk Dexter Lau dilantik sebagai Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Sabah bagi sesi 2025–2028.
Usahawan muda yang berjaya dan berpengalaman luas dalam bidang perniagaan serta kepimpinan itu berhasrat membawa MCCC Sabah ke arah lebih dinamik dan berdaya saing.
“Saya akan terus berusaha merangsang pertumbuhan ekonomi dua hala dan memastikan hubungan perdagangan antara Malaysia dan China terus berkembang. Selain itu, saya mahu mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan untuk usahawan tempatan,” katanya.
Dexter, yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi MCCC Cawangan Sabah dan Ahli Jawatankuasa Majlis Kebangsaan MCCC Malaysia berkata, pengalaman beliau sebagai usahawan akan menjadi kelebihan dalam menarik pelaburan asing ke negeri ini.
Dengan pengetahuan mendalam mengenai keperluan pasaran, strategi perniagaan dan jaringan hubungan antarabangsa, beliau yakin dapat memainkan peranan penting dalam merangsang minat pelabur luar terhadap Sabah.
“Inisiatif ini juga selaras dengan hala tuju kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, yang mahu memperluas penglibatan pelaburan asing dalam pelbagai industri,” katanya lagi.
Beliau percaya keupayaannya mengenal pasti peluang dan cabaran serta mewujudkan hubungan strategik dapat meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur dan berkembang bersama industri tempatan.
MCCC Sabah kini diterajui oleh tokoh-tokoh perniagaan berpengaruh dan terus komited menjadi antara dewan perniagaan terkemuka di negeri ini.
Beliau turut mengumumkan senarai penuh barisan Ahli Jawatankuasa MCCC Sabah yang baharu.
Senarai Ahli Jawatankuasa MCCC Sabah Sesi 2025–2028:
Presiden: Datuk Lau Wei Dick @ Dexter Dick Lau
Timbalan Presiden: Kapitan Dr Tan Kai Lee
Naib Presiden: Chin Thau Chung @ Jacky Chin
Naib Presiden: Su Khon Fen
Naib Presiden: Lau Jiin Woei
Setiausaha: Ivan Chai Bor Yuan
Bendahari: Shawn Tan Cen Ven
Timbalan Bendahari: Tommy Lo Chun Sian
Urusan Perdagangan: Brian Ho Joon Chuan
Penolong Hal Ehwal Perdagangan: Wong Kwong Fah
Perhubungan Awam: Goh Chuen Sheng
Penolong Perhubungan Awam: Yong Wei Hau
Ahli Jawatankuasa: Hon Fook Peng
Ahli Jawatankuasa: Civic Chin Vui Khen
Ahli Jawatankuasa: Neilson Chang Wai Chuen