Hajiji (tengah) bersama Goh (tiga dari kiri) dan ahli jawatankuasa penganjur semasa kunjungan hormat itu.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Penganjur Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa ke-10 yang diketuai oleh Tan Sri T.C. Goh.
Goh yang juga Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) menjemput
Hajiji ke majlis itu dan memaklumkan perlumbaan itu yang akan diadakan pada 17 dan 18 Mei di Teluk Likas, dijangka disertai oleh lebih 140 pasukan.