Hajiji bergambar bersama Lokman (empat dari kiri) dan rombongan semasa kunjungan hormat itu.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Lokman Effendi Ramli @ Zakaria di kediaman rasmi Ketua Menteri-Sri Gaya, di sini, hari ini.
Ini merupakan kunjungan pertama beliau kepada Hajiji selepas dilantik ke jawatan itu pada 23 Disember 2024.
Rombongan Lokman disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Mahather Smoh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Muhamad Ghazali Mamat @ Mansor, Pengarah Bahagian Operasi, Jimmy Anak Jupiter Sambau, Pengarah Bahagian Pembangunan Pasukan, Md. Shah Rizal Zainal dan Pengarah RELA Negeri, Darman Dabang.