Amir Hamzah Azizan – Jabatan Penerangan Malaysia
PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil pendekatan berhemat dalam menangani kadar dasar semalaman (OPR) yang disifatkan sebagai instrumen dasar berkuasa dan perlu digunakan apabila memerlukan.
Menurut Utusan Malaysia, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, keputusan menaikkan kadar OPR dibuat secara berperingkat berbanding negara lain yang menaikkan kadar secara agresif bagi mengawal inflasi, selepas OPR diturunkan kepada 1.75 peratus semasa pandemik Covid-19.


































