Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Dr. Chen semasa kunjungan rombongan itu.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah (YS) menerima kunjungan hormat daripada Institut Jantung Negara (IJN) di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, kelmarin.
Rombongan IJN diketuai oleh Pengerusinya, Dato’ Sri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Eksekutif Kumpulan, Prof. Dato’ Sri Dr. Mohamed Ezani Md.Taib, Ketua Pegawai Eksekutif IJN College, Prof. Emerita Dr. Durrishah Idrus, Datuk Seri Azhari Yakub dan Haji Muhamad Sabri Haji Said.
Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri yang juga Exco Kesihatan Negeri, Datuk James Ratib, Pengarah YS, Dato’ Sri Gulamhaidar Khan Bahadar dan Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn.Bhd (ICSB), Datuk Jasnih Daya.
Hajiji telah diberi taklimat mengenai hasrat IJN untuk mengembangkan perkhidmatan ke Sabah dalam masa terdekat dan akan mengadakan kolaborasi dengan Kerajaan Negeri melalui YS.


































