Dr. Zaliha Mustafa dan Wilfred Madius Tangau
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa sebanyak 783 program atau projek telah disenaraikan di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tahun 2024 di Sabah.
Katanya, sehingga 27 Januari 2025, berdasarkan data daripada Sistem MyProjek, sebanyak 318 projek telah siap (pasca pelaksanaan) manakala 465 projek masih dalam pelaksanaan.
Beliau turut menyenaraikan jumlah serta status projek yang diluluskan mengikut kementerian, termasuk JPM sendiri.
Senarai Projek Mengikut Kementerian
- Kementerian Pendidikan
– 240 projek diluluskan
– 94 projek telah siap
– 146 projek masih dalam pelaksanaan
- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
– 199 projek diluluskan
– 89 projek telah siap
– 110 projek masih dalam pelaksanaan
- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
– 65 projek diluluskan
– 16 projek telah siap
– 49 projek masih dalam pelaksanaan
- Kementerian Kerja Raya (KKR)
– 27 projek diluluskan
– 4 projek telah siap
– 23 projek masih dalam pelaksanaan
- Kementerian Ekonomi
– 14 projek diluluskan
– 5 projek telah siap
– 9 projek masih dalam pelaksanaan
Tiga kementerian mencatatkan kesemua projek yang diluluskan telah siap sepenuhnya:
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (4 projek)
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2 projek)
- Kementerian Perpaduan Negara (1 projek)
Projek di bawah JPM dan Kementerian Lain
- Jabatan Perdana Menteri (JPM): 19 projek (7 siap, 12 dalam pelaksanaan)
- Kementerian Belia dan Sukan: 10 projek
- Kementerian Dalam Negeri: 26 projek
- Kementerian Kesihatan: 33 projek
- Kementerian Komunikasi: 2 projek
- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri: 1 projek
- Kementerian Pendidikan Tinggi: 16 projek
- Kementerian Pengangkutan: 3 projek
- Kementerian Perladangan dan Komoditi: 7 projek
- Kementerian Pertahanan: 16 projek
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan: 37 projek
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan: 30 projek
- Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam: 25 projek
- Kementerian Sumber Manusia: 6 projek
Dr. Zaliha menyatakan ini dalam jawapan bertulis kepada soalan lisan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.
Madius yang juga Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu menuntut penjelasan daripada JPM mengenai status projek yang diluluskan dalam Belanjawan 2024.
“Daripada RM6.6 bilion yang diperuntukkan kepada Sabah, senaraikan projek-projek yang telah siap, yang gagal serta yang masih dalam pelaksanaan.
“Nyatakan juga kementerian yang terlibat dalam setiap kategori ini,” katanya.
Madius berharap JPM dapat memberikan butiran lanjut mengenai projek yang gagal disiapkan serta langkah pembetulan yang diambil bagi memastikan setiap peruntukan dimanfaatkan sepenuhnya untuk rakyat Sabah.


































