KOTA KINABALU: Seramai 26 pengamal media dan anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyertai Kursus Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management.
Kursus yang diadakan selama dua hari mulai Selasa itu dianjurkan oleh Institut Kewartawanan Malaysia (MPI) dan disokong oleh MCMC.
Sepanjang program tersebut, para peserta didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan dengan kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) dalam dunia kewartawanan oleh penceramah, Cletus de Rozario.
































