KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menutup sementara beberapa jalan dan kawasan tempat letak kereta sempena penganjuran Sambutan Karnival Tahun Baharu Cina 2025.
Acara ini akan berlangsung dari 24 hingga 26 Januari 2025 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
Butiran Penutupan:
16 Januari 2025 (1.00 pagi – 11.00 malam)
Lokasi: Sebahagian parkir Jalan Padang (berhadapan Padang Merdeka).
Tujuan: Penyimpanan peralatan pentas acara.
24 Januari 2025 hingga 26 Januari 2025 (1.00 pagi – 11.00 malam)
Lokasi:
* Parkir Jalan Padang (berhadapan Padang Merdeka).
* Terminal Bas Sementara Jalan Padang.
Tujuan: Parkir khas tetamu VVIP dan persediaan Sambutan Karnival Tahun Baharu Cina 2025.
24 Januari 2025 hingga 26 Januari 2025
Lokasi: Jalan Padang (dari simpang Jalan Istana hingga KFC Bandaran).
Penutupan secara berkala bermula jam 4.00 petang hingga 11.00 malam.
Tujuan: Memberi laluan kepada acara Sambutan Karnival Tahun Baharu Cina 2025.

Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam DBKK menasihatkan orang ramai agar mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas dan menggunakan jalan alternatif untuk kelancaran trafik dan keselamatan.
Kerjasama orang ramai amat dihargai bagi memastikan kejayaan acara ini, katanya dalam kenyataan hari ini.


































