Kim Yong-hyun
SEOUL: Bekas menteri pertahanan Korea Selatan, Kim Yong-hyun cuba membunuh diri sejurus sebelum ditangkap secara rasmi berhubung peranannya dalam operasi undang-undang tentera, lapor Yonhap pada hari Rabu.
Menurut Utusan Malaysia, Presiden Yoon Sook Yeol mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Disember dan menghantar askar dan helikopter ke parlimen tetapi terpaksa membatalkan dekri itu.
Kim meletak jawatan sebagai Menteri Pertahanan pada hari Khamis.


































