Anwar Ibrahim
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.
Menurut Utusan Malaysia, ketibaan Anwar disambut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd. Halim serta Pengerusi SIC, Tan Seri Mohammed Aman Yahya dan dibawa meninjau ke petak permulaan sebelum perlumbaan MotoGP berlangsung pukul 3 petang.
Sebelum perlumbaan bermula, beliau turut beramah mesra bersama pengamal media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan GP Malaysia 2024 di pusat media SIC.
Perlumbaan MotoGP kelmarin menyaksikan persaingan sengit perebutan gelaran dunia antara juara bertahan Francesco Bagnaia daripada Ducati Lenovo Team dan pencabar terdekatnya, Jorge Martin daripada Prima Pramac Racing.
Martin setakat ini mendahului kedudukan juara dunia MotoGP 2024 dengan 465 mata manaka Bagnaia pula berada di tempat kedua dengan 436 mata.

































