Hoo Pang Ron (kanan) dan Cheng Su Yin menewaskan pasangan Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-17 21-16, pada pusingan pertama Terbuka China di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, kelmarin. – Ihsan BAM
PETALING JAYA: Dua wakil beregu campuran negara berjaya mempamerkan pukulan terbaik selepas masing-masing berjaya mara ke pusingan kedua Terbuka China, kelmarin.
Menurut Utusan Malaysia, pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Changzhou itu, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya memerlukan 28 minit sahaja untuk menumpaskan beregu No. 13 dunia dari Taiwan Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang, menerusi kemenangan straight set 21-17 21-16.
Pasangan No. 32 dunia itu seterusnya akan membuat perhitungan dengan rakan senegara, Yap Roy King-Valeree Siow pada aksi pusingan kedua hari ini.
Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng mudah mengatasi cabaran cabaran India yang juga gandingan suami isteri, Reddy B Sumeeth-Reddy Sikki.
Pasangan No. 17 dunia itu berjaya melakar kemenangan straight set 21-10, 21-16 pada pertemuan sulung mereka, kelmarin.
Kian Meng-Pei Jing dijangka mudah untuk meloloskan diri ke peringkat suku akhir apabila bertemu dengan pasangan No. 51 dunia dari Denmark, Jesper Toft-Amalie Magelund di pusingan kedua hari ini.
































