Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (kiri) cuba melepasi pertahanan Manchester United, Diogo Dalot ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi liga di Old Trafford yang berkesudahan The Reds menang 3-0, semalam
MANCHESTER: Pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah memberi bayangan bahawa dia akan meninggalkan kelabnya itu selepas tamat musim ini.
Menurut Utusan Malaysia, Salah menyatakan hasratnya selepas membantu The Reds menjaringkan satu gol ketika menewaskan Manchester United 3-0 dalam aksi liga di tempat lawan, semalam.
“Saya datang ke perlawanan ini, (berfikir) mungkin ini adalah yang terakhir (beraksi di Old Trafford).
“Saya menikmati musim panas dengan baik dan mempunyai masa yang panjang untuk diri saya sendiri kekal positif kerana seperti yang anda tahu ini merupakan tahun terakhir saya di kelab. Saya mahu menikmatinya dan enggan memikirkannya,” kata Salah.


































