Pearly Tan dan M. Thinaah
PETALING JAYA: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah muncul naib juara Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2024 di Seoul, Korea Selatan, sebentar tadi.
Menurut Utusan Malaysia, pasangan di kedudukan kesembilan dunia itu tumpas kepada beregu tuan rumah, Jeong Na-eun-Kim Hye-jeong 12-21, 11-21 dalam masa 44 minit.
Terdahulu, beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei merangkul kejuaraan selepas membenam gandingan China, Guo Xin Wa-Li Qian 17-21, 21-13, 21-13 dalam perlawanan akhir.

































