Hajiji melawat atlet berbasikal Sabah, Akmal Thaqif Begurdy di Riversite Majestic Hotel, Kuching, kelmarin.
KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor meluangkan masa
melawat atlet berbasikal Sabah, Akmal Thaqif Begurdy yang mengalami kecederaan semasa menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Riversite Majestic Hotel, di sini, kelmarin.
Beliau diiringi oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin dan Pembantu Menterinya, Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr.Haji Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Datuk Mansur Asun yang juga Chief de Mission Sabah.
Akmal, 17, dari Tawau mengalami kecederaan semasa menyertai acara lepas beramairamai kategori perseorang dan berpasukan di Lebuhraya Pehin Sri Adenan Satem pada 15 Ogos lalu.
Hajiji bersimpati dengan musibah yang menimpa Akmal dan mendoakannya agar cepat sembuh. Akmal kini ditemani oleh ibu bapanya di Kuching.

Hajiji (dua dari kiri) bersama Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (dua dari kanan) semasa menghadiri Majlis Perasmian SUKMA XXI Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Petra Jaya Kuching, kelmarin.
Sementara itu, Hajiji menghadiri upacara perasmian SUKMA XXI Sarawak 2024 di
Stadium Sarawak, Petra Jaya.
Beliau menggesa kontinjen Sabah yang beraksi di SUKMA Sarawak melakukan yang terbaik untuk mencapai sasaran 40 pingat emas.
Hajiji yakin pasukan Sabah mampu mencapai sasaran yang ditetapkan tahun ini dan mahu atlet negeri berjuang sepenuh tenaga dengan semangat kesukanan yang tinggi untuk mengharumkan nama Sabah.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
merasmikan temasya sukan itu yang diadakan dengan penuh warna warni yang memaparkan keunikan budaya dan identiti Bumi Kenyalang yang beraneka ragam.


































