Hajiji (dua dari kiri) diberi taklimat mengenai projek perintis variasi padi TR8 oleh Pengarah Urusan/CEO Kumpulan Sawit Kinabalu Victor Ationg (kiri).
KOTA MARUDU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan bahawa Sabah telah berjaya mencapai sasarannya untuk menoktahkan kemiskinan tegar pada bulan Julai tahun ini.
“Disebabkan komitmen daripada semua, yang selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani dan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 (2021-2025), saya ingin umumkan kami telah berjaya menoktahkan golongan miskin tegar dalam senarai locked figure pada 31 Julai 2024,” katanya.
Berucap pada majlis pelancaran projek perintis penanaman padi di Kampung Ongkilan di sini hari ini, Ketua Menteri berkata, kerjasama daripada GLC seperti Sawit Kinabalu ada membantu usaha Kerajaan Negeri menoktahkan golongan miskin tegar di negeri ini.
“Saya berharap GLC akan terus menyediakan peluang pekerjaan kepada belia kita. Ini sudah pasti akan membantu Kerajaan Negeri melalui Sekretariat SMJ dan Pejabat Pembangunan Sabah berusaha untuk menoktahkan kemiskinan tegar,” katanya


































