Srettha Thavisin
BANGKOK: Thailand mahu menjadikan kasino sebagai salah satu tarikan pelancong dan meningkatkan pelaburan asing serta menambah kutipan cukai dengan membenarkan industri itu beroperasi secara sah.
Menurut Utusan Malaysia, Bloomberg melaoorkan, jika cadangan itu diluluskan, pusat kasino di Thailand mempunyai pilihan untuk mempembaharui permit untuk 10 tahun dan dibenarkan untuk beroperasi secara besar-besaran di kompleks hiburan, hotel, pusat konvensyen dan pelbagai lagi premis.
Draf peraturan peraturan untuk membenarkan kasino dengan lesen permulaan selama 30 tahun telah diterbitkan untuk maklum balas awam sehingga 18 Ogos oleh Majlis Negara agensi undang-undang kerajaan Thailand.
Langkah itu akan membuka laluan kepada Thailand untuk bersaing dengan negara lain yang mempunyai industri kasino yang dikatakan boleh menjana pendapatan tinggi.
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin yang mengambil alihkuasa pada tahun lalu telah secara agresif mendorong dasar untuk menarik pelaburan asing ke Thailand dan menyokong rancangan untuk menghalalkan kasino dengan pengawasan ebih baik dan kutipan cukai yang betul.
Dewan Perwakilan Negara yang mempunyai 500 anggota telah menyokong kajian oleh panel penggubal undang-undang ke arah penubuhan kasino yang sah di dalam tempat hiburan yang besar untuk menarik pelancong agar lebih berbelanja.
Kajian itu mendapati Thailand boleh meningkatkan pendapatan pelancongan sebanyak kira-kira AS$12 bilion (RM54 bilion) dengan menghalalkan kasino dan menempatkannya di dalam kompleks hiburan yang besar.




























