Lim Si-hyeon bergambar selepas pusingan kelayakan individu wanita memanah semasa Sukan Olimpik Paris 2024 di Esplanade des Invalides, Paris, kelmarin.
PETALING JAYA: Pemanah dari Korea Selatan, Lim Si-hyeon memecahkan rekod dunia untuk menduduki tempat teratas dalam aksi kelayakan memanah individu wanita, kelmarin.
Menurut Utusan Malaysia, pada aksi di lapang Invalides itu, atlet berusia 21 tahun itu berjaya membidik 694 mata pada penghujung dua belas pusingan untuk mengatasi rekod sebelumnya iaitu 692 mata dari rakan senegaranya, Chaeyoung Kang pada 2019 lalu.
Si-hyeon berjaya membidik sebanyak 21 kali pada 10 mata dalam untuk menamatkan saingan di hadapan rakannya, Nam Suhyeon yang menamatkan aksi dengan 688 markah untuk memadam rekod peribadinya manakala tempat ketiga menjadi milik atlet China, Xiaolei Yang dengan 673 mata.
Dalam ranking pasukan, Si-hyeong bersama Suhyeon memperbaharui rekod Olimpik dengan 2,046 mata menduduki tempat teratas dalam di hadapan pasukan China dengan 1,996 mata.


































