Upacara perasmian pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 akan berlangsung pada awal pagi ini. – Ihsan FB SUKAN TV RTM
PETALING JAYA: Berita baik buat peminat sukan tanah air apabila RTM menyajikan siaran percuma aksi 17 hari tanpa henti Sukan Olimpik Paris 2024.
Lebih manis, rakyat Malaysia dapat melihat kontinjen negara pada Upacara Pembukaan Olimpik Paris 2024 pada pukul 1 hingga 5 pagi ini di Jardins du Trocadero dan Sungai Seine.
Menurut Utusan Malaysia, RTM menjadi penyiar rasmi Olimpik Paris 2024 dengan menawaran 578 jam siaran termasuk 170 jam siaran langsung bagi menyaksikan kontinjen negara dalam temasya empat tahun sekali itu.
RTM memberi akses kepada rakyat Malaysia menyaksikan acara sukan terbesar itu menerusi Saluran Okey, Saluran Sukan RTM dan tontonan secara dalam talian di RTMKlik.
Ianya sekali gus menjadi peluang seluruh negara untuk memberi sokongan kepada 26 atlet negara yang bersaing dalam sembilan sukan dalam usaha meraih emas pertama buat Malaysia.
Selain acara pembukaan, RTM turut menyiarkan secara langsung majlis penutup pada 12 Ogos ini di Stade de France.


































