Pasangan beregu No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika memperaga pakaian rasmi kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024. – Ihsan MOM
PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berdepan cabaran getir apabila diundi bersama pasangan nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam kumpulan A menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurut Utusan Malaysia, pada satu majlis undian beregu lelaki yang ditangguh Jumaat lalu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berikutan perbicaraan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Aaron-Wooi Yik yang menghuni di ranking kelima dunia bertemu sebanyak lapan kali dengan gandingan China terbabit menyaksikan mereka memperoleh enam kemenangan.
Turut berada dalam kumpulan terbabit ialaha Ben Lane-Sean Vendy dari England serta pasangan Kanada, Dong Adam-Nyl Yakura.
Beregu British itu berada di ranking ke-18 dunia dan Aaron-Wooi Yik mencatat empat kemenangan daripada lima pertemuan manakala gandingan Kanada belum bertemu sebelum ini.
Kali terakhir Aaron-Wooi Yik bertemu Wei Kang-Wang Chang menerusi Piala Thomas Mei lalu yang mana menyaksikan beregu negara menang 15-21, 21-12, 21-17.
Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik berjaya membawa pulang gangsa pada edisi di Tokyo 2020. – UTUSAN
Kumpulan A
Liang Weikeng-Wang Chang (China)
Aaron Chia-Soh Wooi Yik (Malaysia)
Ben Lane-Sean Vendy (England)
Dong Adam-Nyl Yakura (Kanada)
































