Pemain tengah Turkiye Salih Ozcan (tengah) dan Arda Guler menyambut peminat selepas perlawanan bola sepak pusingan 16 UEFA Euro 2024 menentang Austria di Stadium Leipzig, hari ini.
LEIPZIG: Merih Demiral membantu pasukan Turkiye mara ke suku akhir selepas menewaskan Austria 1-2, hari ini
Menurut Utusan Malaysia, pada aksi yang berlangsung di Stadium Leipzig terbabit, pemain pertahanan itu menjaringkan gol hasil sepakan sudut daripada bintang Real Madrid, Arda Guler selepas satu minit sepak mula.
Keputusan itu menyaksikan Turkiye mendahului ke atas pasukan pimpinan Ralf Ragnick sehingga tamat separuh pertama.
Babak kedua bermula, Guler sekali lagi melakukan sepakan sudut dan disudahkan oleh Demiral pada minit ke-59.
Austria cuba untuk menyemat Turkiye selepas ketinggalan dua jaringan dan Michael Gregoritsch dari bangku simpanan meledak gol tunggal Austria pada minit ke-66.
Kemenangan bermakna buat Turkiye ini menyaksikan mereka bakal membuat perhitungan dengan Belanda di Berlin pada awal pagi Ahad ini.


































