Roberto MArtinez bangga dengan kejayaan pasukannya membenam Turkiye 3-0 semalam.
DORTMUND: Jurulatih Portugal, Roberto Martinez sudah boleh menarik nafas lega apabila dilemanya dalam pemilihan utama di Euro 2024 diselesaikan kepada posisi lebih konvensional selepas melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas Turkiye.
Menurut Utusan Malaysia, selepas melakukan eksperimen ketika menewaskan 2-1 Republik Czech, Martinez menggunakan empat pertahanan dilihat kembali meletakkan Joao Palhinha di tengah pada aksi kedua Kumpulan F semalam.
Portugal tiba di Jerman sebagai salah satu pasukan pilihan selepas melakar 10 kemenangan dalam 10 aksi kelayakan kejohanan tersebut telah layak ke peringkat kalah mati.
Bagaimanapun disebabkan memiliki skuad berbakat telah membuatkan Martinez bereksperimen bagi mendapatkan ramuan terbaik Portugal.
Dia memulakan kempen Euro dengan meletakkan tiga pertahanan termasuk Joao Cancelo yang dilihat berkeliaran ke seluruh padang dan meletakkan lima penyerang ketika Portugal bertungkus-lumus mencari kemenangan.
Ketika ditanya kekerapan menukar percaturan pemain, Maritinez berkata dia boleh melakukannya disebabkan kekuatan yang dimiliki oleh anak-anak buahnya.
“Adalah penting untuk mendapatkan kestabilan taktikal adi kami boleh menyimbangi bakat pemain secara individu yang dimiliki,” katanya.
Martinez dijangka merehatkan beberapa pemain utama bagi aksi terakhir Kumpulan F menentang Georgia, Rabu ini.
“Kami menduduki tangga teratas kumpulan dan kami boleh membuat pertukaran pada aksi seterusnya yang mana bagi saya amat penting kerana ramai lagi pemain dibangku simpanan layak diberikan peluang untuk bermain,” kata Martinez.
Dalam pada itu, Martinez meluahkan kebimbangannya terhadap kawalan keselamatan padang apabila berlaku insiden penyokong menceroboh masuk ke kawasan permainan kerana ingin berswafoto bersama Cristiano Ronaldo.
“Itu menjadi kebimbangan sebab hari ini kita bernasib baik kerana penyokong itu berniat baik,” katanya lagi.
































