Masiung Banah
TUARAN: Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah mengingatkan para pemimpin pemuda supaya tidak leka dalam perjuangan dan sentiasa mematuhi arahan Presiden sebagai ketua parti.
Beliau berkata, sikap leka dan tidak mematuhi arahan ketua parti akan mengundang kekalahan dalam mana-mana perjuangan.
ADUN Kuamut itu menyampaikan ceramah motivasi sebagai tetamu jemputan pada program Retreat Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat di sini, kelmarin.
Selain itu, Masiung mahu pemimpin Pergerakan Pemuda parti bangkit mempertahankan maruah parti yang menjadi bahan provokasi pembangkang.
“Pemimpin muda sewajarnya tangkas mempertahankan maruah Presiden dan parti yang diserang dengan pelbagai fitnah oleh parti pembangkang melalui pelbagai platform media sosial,” katanya.
































