Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah slot suku akhir selepas mengetepikan gandingan China, Chen Bo Yang-Liu Yi pada peringkat 16 terbaik Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, kelmarin. – Utusan/Shiddieqiin Zon
KUALA LUMPUR: Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah slot suku akhir selepas mengetepikan gandingan China, Chen Bo Yang-Liu Yi pada peringkat 16 terbaik Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, kelmarin.
Menurut Utusan Malaysia, pasangan No. 4 dunia yang memegang status selaku pilihan pertama itu bagaimanapun dipaksa bermain selama 55 minit sebelum beroleh kemenangan 21-13, 13-21, 21-10 ke atas lawan yang menghuni ranking ke-25 dunia tersebut.
Pada suku akhir, pasangan negara itu akan menentang lawan kurang ternama dari Korea Selatan, Jin Yong-Na Sung Seung hari ini.
Aaron ketika ditemui pemberita berkata, berdepan dengan lawan yang tidak pernah mereka temui dalam sebarang kejohanan antarabangsa memang agak mencabar.
“Kami hilang punca pada set kedua dan banyak kesilapan sendiri kami lakukan, namun, dalam set ketiga kami bangkit untuk menang,” katanya.
Pemain berusia 27 tahun itu memberitahu, pada suku akhir, mereka bakal berdepan satu lagi pasangan yang belum pernah ditemui sebelum ini.
KEPUTUSAN LAIN
Pearly Tan-M. Thinaah kalahkan beregu India, Simran Singhi-Ritika Thaker 21-17, 21-11.
Beregu campuran
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kalahkan pasangan India, B. Sumeeth Reddy-Sikki Reddy 21-9, 21-15.
Tan Kian Meng-Lai Pei Jing kalahkan Wang Chan-Shin Seung Chan dari Korea Selatan 15-21, 21-19, 21-19.
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai kalahkan beregu Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 17-21, 21-19, 21-13.


































