KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kontinjen Sabah merekodkan bilangan penipuan (scam) sebanyak 4,595 kes dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bilangan kes setiap tahun seperti yang berikut:
i. Tahun 2021: 1,169 kes;
ii. Tahun 2022: 1,206 kes,
iii. Tahun 2023: 1,818 kes; dan
iv. Tahun 2024 (setakat bulan Mac): 402 kes.
Menurut beliau, daripada jumlah bilangan ini, pecahan penipuan mengikut jenis kesalahan adalah seperti berikut:
1. Belian Online: 1,818 kes;
2. Phone Scam: 1,296;
3. Pinjaman Tidak Wujud: 596 kes;
4. Pelaburan: 586 kes;
5. Love Scam: 118 kes; dan
6. Kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer: 181 kes.
“Bilangan aduan juga menunjukkan trend meningkat setiap tahun, iaitu fenomena yang dialami di seluruh dunia, termasuk di negara kita.
“Kegiatan penipuan sama ada secara dalam talian (online) ataupun luar talian (offline) adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak PDRM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi-agensi berkenaan, tertakluk kepada bentuk-bentuk penipuan yang dijalankan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Datuk Seri Yong Teck Lee (ADUN Dilantik) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang berakhir kelmarin.
Yong bertanya berapakah bilangan kes penipuan (scam) di Sabah dan apakah tindakan yang diambil supaya kes penipuan ini dikurangkan.
Yong Teck Lee
Ketua Menteri berkata, pelbagai tindakan telah dan sedang diambil oleh pihak Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mengawal bilangan kes penipuan daripada terus meningkat.
Di pihak Kerajaan Pusat, katanya, tindakan yang dijalankan adalah termasuk yang berikut:
a) JSJK Kontinjen Sabah, PDRM sering menganjurkan kempen-kempen kesedaran jenayah komersial kepada masyarakat seperti ceramah, sembang santai, wawancara radio dan televisyen, meet & greet, high profile policing, pameran dan sebagainya, di samping bekerjasama dengan jabatan, agensi kerajaan dan swasta yang lain bagi memastikan masyarakat khususnya di Sabah menerima maklumat yang berguna dalam menangani kes-kes penipuan, dengan statistik 3 tahun kebelakangan seperti yang berikut:
(i) Tahun 2021: 156 program/ aktiviti;
( ii) Tahun 2022: 343 program/ aktiviti;
(iii) Tahun 2023: 439 program/ aktiviti; dan
(iv) Tahun 2024 (setakat bulan Mac): 112 program/ aktiviti.
b) Pihak PDRM juga telah mewujudkan portal SemakMule (https://semakmule.rmp.gov.my/) bagi memudahkan masyarakat menyemak akaun bank atau nombor telefon yang dikategorikan sebagai scammer oleh PDRM.
c) Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Sabah telah dijalankan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital pada 28 Oktober 2023 di Universiti Malaysia Sabah.
d) Drama TV bersiri (Dokudrama Cyber999) yang berdasarkan 26 kisah benar insiden keselamatan siber yang dilaporkan pengguna Internet ke Pusat Bantuan Cyber999, iaitu menceritakan pelbagai modus operandi jenayah siber dan insiden berkaitan keselamatan siber yang diilhamkan daripada buku Kisah Benar Cyber999 terbitan CyberSecurity Malaysia. Drama ini disiarkan pada bulan Mac sehingga Mei 2023 melalui TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Semua episod tersebut masih boleh ditonton melalui pautan https://rtmklik.rtm.gov.my/play/program/cyber999/
atau
Penerbitan drama ini bertujuan memberi kesedaran kepada penonton agar tidak diperdaya dan menjadi mangsa penipuan dan peringkat rangkaian bagi perkhidmatan SMS yang berunsur penipuan bagi mengekang kegiatan ini.
“Di pihak Kerajaan Negeri, ia telah memberikan tumpuan khusus terhadap isu penipuan dalam talian bermula pada tahun 2022, melalui siri Program Kesedaran Jenayah Siber Dalam Kalangan Penjawat Awam.
“Setakat ini enam program telah dilaksanakan di sekitar Keningau, Sandakan, Tawau, dan Kota Kinabalu, yang telah mencapai sekitar 700 penjawat awam.
“Perancangan juga sedang dibuat untuk melebarkan skop perkara ini ke peringkat orang awam melalui usaha sama dengan para rakan strategik.
“Secara keseluruhannya, sejak tahun 2022, Kerajaan Negeri telah melaksanakan 15 program latihan atau kesedaran berkenaan keselamatan siber,” kata Hajiji.
Beliau berkata, sebagai kesimpulan, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dalam usaha membendung kes-kes penipuan di Sabah.
“Dengan bilangan aduan yang masih menunjukkan trend meningkat setiap tahun, iaitu fenomena yang dialami di seluruh dunia, termasuk di negeri-negeri lain di Malaysia, bilangan kes penipuan sememangnya sukar untuk dikurangkan.
“Walau bagaimanapun, usaha-usaha ini wajar diteruskan dan sentiasa ditambah baik, selaras dengan peringkat rangkaian bagi perkhidmatan SMS yang berunsur penipuan bagi mengekang kegiatan ini.”
Ketua Menteri berkata, di pihak Kerajaan Negeri, ia telah memberikan tumpuan khusus terhadap isu penipuan dalam talian bermula pada tahun 2022, melalui siri Program Kesedaran Jenayah Siber Dalam Kalangan Penjawat Awam.
Setakat ini enam program telah dilaksanakan di sekitar Keningau, Sandakan, Tawau, dan Kota Kinabalu, yang telah mencapai sekitar 700 penjawat awam.
Perancangan juga sedang dibuat untuk melebarkan skop perkara ini ke peringkat orang awam melalui usaha sama dengan para rakan strategik, katanya, sambil menambah secara keseluruhannya, sejak tahun 2022, Kerajaan Negeri telah melaksanakan 15 program latihan atau kesedaran berkenaan keselamatan siber.
“Sebagai kesimpulan, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dalam usaha membendung kes-kes penipuan di Sabah.
“Dengan bilangan aduan yang masih menunjukkan trend meningkat setiap tahun, iaitu fenomena yang dialami di seluruh dunia, termasuk di negeri-negeri lain di Malaysia, bilangan kes penipuan sememangnya sukar untuk dikurangkan.
“Walau bagaimanapun, usaha-usaha ini wajar diteruskan dan sentiasa ditambah baik, selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan persekitaran yang sejahtera untuk semua lapisan masyarakat.”