Pemain Manchester City, Erling Haaland menutup mukanya selepas terlepas menjaringkan gol dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di Etihad, semalam.
MANCHESTER: Mauricio Pochettino berkata, Chelsea mampu berdepan perlawanan akhir Piala Liga dengan keyakinan tinggi selepas menamatkan rekod kemenangan Manchester City dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi EPL di Etihad awal pagi tadi.
Menurut Utusan Malaysia, Raheem Sterling meletakkan pasukan pelawat di depan sekali gus memberi tekanan kepada tuan rumah yang berdepan tekanan untuk memburu kejuaraan Liga Perdana musim ini.
Namun, jaringan lewat penyamaan Rodri menyelamatkan rekod tanpa kalah City kepada 34 perlawanan di laman sendiri.
Keputusan itu menyebabkan pasukan kendalian Pep Guardiola ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga, Liverpool dan hanyut dua mata di belakang Arsenal.
Perlawanan itu juga memberi satu mata kepada Chelsea yang kembali kepada kedudukan ke-10 liga, ketinggalan enam mata dari enam pasukan teratas.
KEPUTUSAN
Brentford 1 Liverpool 4
Burnley 0 Arsenal 5
Fulham 1 Aston Villa 2
Man City 1 Chelsea 1
Newcastle 2 Bournemouth 2
Nottingham Forest 2 West Ham 0
Tottenham 1 Wolves 2

































