Tayangan skrin besar pada majlis undian Liga Negara-Negara UEFA 20204/25 di Maison de la Mutualite, Paris, Jumaat.
PARIS: Naib juara Piala Dunia, Perancis, juara Eropah Itali dan Belgium diundi dalam satu kumpulan Liga Negara-Negara UEFA 2024-25, manakala Sepanyol dianggap pasukan pilihan berbanding Denmark, Switzerland dan Serbia.
Menurut Utusan Malaysia, Croatia yang tewas dalam aksi final kepada Sepanyol menerusi penentuan penalti tahun lalu berada dalam satu kumpulan bersama Portugal, Poland dan Scotland.
Tuan rumah Euro 2024, Jerman akan menentang Belanda dalam Liga A bersama Hungary dan Bosnia.
England di bawah pimpinan Gareth Southgate turun ke Liga B dan akan menentang Republik Ireland.
Turut diundi bersama England adalah Finland dan Greece. Mereka mengelak daripada diundi bersama Kazakhstan ekoran peraturan UEFA berhubung penjimatan kos perjalanan.
“Ada dalam kalangan pasukan yang kami belum pernah bermain dan ia dijangka memberi cabaran kepada kami. Mungkin ramai yang beranggapan turun ke Liga B sangat mengecewakan tetapi anda perlu ingat saingan di sini juga sengit.
“Objektif kami ialah menjuarai kumpulan dan berusaha untuk kembali bersaing dalam Liga A selepas ini,” kata Southgate.
England tidak pernah bertemu Ireland dalam perlawanan kompetitif sejak 1991 dan kali terakhir dalam kelayakan Kejuaraan Eropah.
Malah, masalah penyokong kedua-dua pasukan dalam saksi persahabatan di Dublin menyebabkan perlawanan kedua-duanya diharamkan empat tahun kemudian.
Dalam aksi tertutup tanpa penyokong pada 2020, England mencatat kemenangan 2-0 ke atas Ireland.
Undian Liga Negara-Negara UEFA
LIGA A
Kumpulan 1
Croatia, Portugal, Poland, Scotland
Kumpulan 2
Itali, Belgium, Perancis, Israel
Kumpulan 3
Belanda, Hungary, Jerman, Bosnia
Kumpulan 4
Sepanyol, Denmark, Switzerland, Serbia
LIGA B
Kumpulan 1
Rep. Czech, Ukraine, Albania, Georgia
Kumpulan 2
England, Finland, Rep. Ireland, Greece
Kumpulan 3
Austria, Norway, Slovenia, Kazakhstan
Kumpulan 4
Wales, Iceland, Montenegro, Turki
LIGA C
Kumpulan 1
Sweden, Azerbaijan, Slovakia, Estonia
Kumpulan 2
Romania, Kosovo, Cyprus, Lithuania/Gibraltar
Kumpulan 3
Luxembourg, Bulgaria, Northern Ireland, Belarus
Kumpulan 4
Armenia, Kepulauan Faroe, Macedonia Utara, Latvia
LIGA D
Kumpulan 1
Lithuania/Gibraltar, San Marino, Liechtenstein
Kumpulan
Moldova, Malta, Andorra

































