Manchester United dikatakan berhajat untuk mendapatkan bintang Bayern Munich, Joshua Kimmich.
LONDON: Manchester United dilaporkan telah menyenarai pendek empat pemainnya untuk dikeluarkan menjelang tetingkap perpindahan musim panas ini terutama bagi kontrak mereka yang akan berakhir tahun ini.
Menurut Utusan Malaysia, ESPN melaporkan, Red Devils akan mengguna pakai polisi yang ada seperti ditetapkan Liga Perdana.
Sejak kemasukan Jim Ratcliffe selaku pemegang saham minoriti di Old Trafford, langkah itu dibuat bagi memastikan perbelanjaan musim panas ini berjalan lancar.
United dikatakan berhajat untuk mendapatkan bintang Bayern Munich, Joshua Kimmich.
Kontrak Kimmich, 28, akan berakhir pada 2025 tetapi dikatakan akan dikeluarkan daripada kelab tersebut.
Manchester City, Liverpool dan Newcastle turut dikatakan berkongsi minat yang sama untuk mendapatkan pemain antarabangsa Jerman itu.
United juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan rakan sepasukan Kimmich, Alphonso Davies.
Pemain bek kiri Kanada itu dikhabarkan akan menyertai Real Madrid selepas kontraknya di Bayern juga tidak akan disambung pada 2025.
Selain itu, penyerang Lille, Jonathan David dan tonggak tengah Nice, Khephren Thuram juga dalam radar United yang disenarai pendek.
David diperlukan untuk menguatkan barisan serangan dan dia telah menjaringkan 71 gol daripada 164 penampilan bersama Lille, termasuk 13 dalam 38 perlawanan musim ini.
Thuram yang juga tonggak penting Nice adalah pemain kebangsaan Perancis.


































