SIPITANG: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diiringi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag berkenan menyampaikan sumbangan kepada 100 asnaf dan orang kelainan upaya (OKU) pada Majlis Santapan Bersama Rakyat sempena Program Kembara Kenali Borneo (Sabah) di perkarangan Masjid Sahabat Sindumin-Merapok, di sini, petang tadi. (gambar)
Turut hadir Yang Di-pertua Negeri Sabah, Tun (Dr) Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan (Dr) Norlidah R.M. Jasni dan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan pemimpin masyarakat setempat.

Sindumin merupakan lokasi terakhir Program Kembara Kenali Borneo di negeri Sabah. Yang di-Pertuan Agong dan rombongan memulakan pengembaraan di Sarawak bermula petang ini.