Bung Moktar Radin dan Zizie Izette Abd. Samad.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette A. Samad dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan menerima rasuah RM2.8 juta.
Menurut Utusan Malaysia, perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi selepas membenarkan permohonan semakan pasangan suami isteri itu.
Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian dan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan.































