Keadaan kenderaan yang terjunam bawah jambatan di Jalan Sagan, Mendamit, Limbang.
LIMBANG: Sebuah kenderaan dinaiki dua orang rakan terjunam ke bawah jambatan setinggi empat meter di Jalan Sagan, Mendamit akibat hilang kawalan di sini semalam.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Not berkata kejadian berlaku pada jam 4:45 petang itu dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan, manakala rakannya merupakan pemandu merupakan warganegara Brunei.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai telah hilang kawalan ketika melalui jambatan terbabit lalu terbabas dan terhumban ke bawah jambatan yang dianggarkan setinggi lebih kurang empat meter.
“Akibat daripada kemalangan berkenaan, pemandu yang merupakan warga tempatan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan, manakala penumpang kenderaan mengalami cedera parah dan dibawa oleh pihak ambulans ke Hospital Limbang untuk rawatan lanjut,” ujarnya.
Tambahnya lagi, siasatan turut mendapati kenderaan yang terlibat dalam kemalangan terbabit merupakan kenderaan pendaftaran negara Brunei.
“Kedua mereka dipercayai dari Kampung Staie, Mendamit selepas melawat keluarga dan dalam perjalanan balik ke arah bandar Limbang.
“Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Para Jack, 51 tahun berasal dari Kampung Kampung Merajang Lubai, sementara itu rakan mangsa yang berusia 56 tahun berasal dari Temburong, Negara Brunei Darussalam hanya mengalami kecederaan parah di bahagian tulang belakang,” jelasnya.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.































