Yiew bersama ahli-ahli kumpulannya yang lain.
KOTA KINABALU: Sekumpulan anak muda Sabah termasuk seorang ahli politik, Yee Tsai Yiew telah melancarkan lagu patriotik bagi memperingati kedua-dua Hari Kemerdekaan Sabah dan Hari Malaysia yang bakal menjelang tiba.
Bertajuk ‘Aku Sayang Sabah’, lagu itu yang telah dilancarkan pada 22 Ogos lalu turut menampilkan para penyanyi tempatan Jaclyn Chia, Gary Sinn and Samson Wong, dan telah ditonton oleh 22,000 orang di Facebook.
Lagu tersebut bersedia untuk memikat hati dan minda, menawarkan perspektif unik tentang patriotisme dan perpaduan.
Yiew yang komited dalam memupuk kemajuan dan perpaduan negara, berharap dengan menceburi bidang muzik, berhasrat untuk menjalin hubungan yang lebih kukuh dengan masyarakat setempat.
“Saya dapat menzahirkan rasa cinta saya kepada Sabah melalui lagu ini. Saya sungguh berbangga menjadi orang Sabah,” katanya.
Jelasnya, lagu ‘Aku Sayang Sabah’ ini juga memberi penghormatan kepada Sabah dengan mempamerkan keindahan landskap, kepelbagaian budaya dan penduduk yang mesra, membolehkan orang luar melihat tarikan unik masyarakat berbilang kaum dan budaya di negeri ini.
“Saya percaya kepada kuasa muzik untuk menyatu padukan masyarakat melangkaui sempadan,” kata Yiew semasa temu bual baru-baru ini.
Dalam masa sama Yiew berkata, melalui lagu ‘Aku Sayang Sabah’, beliau berhasrat untuk memberi inspirasi kepada rakyat Sabah untuk bersama-sama meraikan sejarah negara kita dan masa depan negara yang lebih cerah.
“Lagu ini juga melambangkan komitmen saya untuk meraikan kepelbagaian budaya Sabah sambil memperjuangkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.”
” Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengarah fotografi berbakat, Samson Wong, 21 tahun yang memiliki syarikat produksi, Crispy Productions, kerana berjaya merakam budaya dan keindahan pemandangan negeri ini dengan sangat tepat dalam lagu ini. Beliau (Samson) turut membuat penampilan khas dalam lagu ini,” katanya