Pasukan NRH Team daripada Kota Kinabalu memenangi Kejohanan Terbuka Bola Tampar Wanita Piala Datuk Redonah Bahanda di Kota Marudu baru-baru lalu.
KOTA KINABALU: Sebanyak 24 pasukan menyertai Kejohanan Terbuka Bola Tampar Wanita Kota Marudu baru-baru ini untuk merebut Piala Datuk Redonah Bahanda.
Kejohanan bola tampar itu dianjurkan oleh Kelab Konran VC Kota Marudu di gelanggang bola tampar Astaka Padang Pekan, Kota Marudu.
Ia disertai pasukan dari lapan daerah iaitu Kota Kinabalu, Ranau, Labuan, Paitan, Keningau, Kudat, Pitas dan Kota Marudu.
Dalam kejohanan itu, pasukan NRH dari Kota Kinabalu muncul juara, manakala naib johan ialah Lundus Pitas dan tempat ketiga VT Lover Ranau.
Johan menerima RM1,000, manakala kepada naib johan RM600 dan RM400 untuk tempat ketiga.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda menyampaikan hadiah kepada kesemua pemenang.
Turut hadir Pengerusi Penganjur, Noraisyah Hamsal.