KOREA SELATAN: Khabar angin mengenai kisah percintaan salah seorang anggota Blackpink, Jisoo berakhir apabila agensi naungannya YG Entertainment mengesahkan hubungannya dengan pelakon Ahn Bo-hyun.
Menurut Utusan Malaysia, YG Entertainment mengeluarkan sebuah kenyataan yang mengatakan kedua-dua selebriti itu baru sahaja menjalin hubungan cinta dan sedang dalam fasa mengenal hati budi masing-masing.
Bukan itu sahaja, agensi Ahn Bo-hyun, FN Entertainment turut mengeluarkan kenyataan dengan memberi pendapat yang sama.
“Kami sangat hargai sekiranya anda dapat menyokong mereka berdua dengan hati terbuka,” tulis kenyataan akhbar tersebut.
Sebelum ini, laman sesawang media Korea Selatan, Dispatch mendedahkan Jisoo dan Bo-hyun dilihat berjalan bersama di hadapan bangunan kediaman Jisoo.
Penyanyi lagu Flower itu memang dikenali sebagai seorang yang lebih suka menghabiskan masa di rumah selepas pulang daripada kerja di luar negara.
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya mereka memilih untuk berjumpa di rumah berbanding menghabiskan masa di luar.
Terkini, Blackpink sedang berehat daripada melakukan siri jelajah yang bakal bersambung di MetLife Stadium, New Jersey pada 11 Ogos nanti.
Terdahulu, Jisoo pernah digosipkan menjalin hubungan cinta bersama pelakon, Jung Hae In selepas mereka dilihat serasi menerusi drama bersiri Snowdrop.
Namun tidak ada apa-apa berita mengesahkan hubungan tersebut.