KINABATANGAN: Seorang ahli geologist warga Indonesia cedera selepas disengat lebah ketika membuat kajian arang batu di sebuah kawasan hutan simpan dekat sini Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, PPgB Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, kejadian itu berlaku di Hutan Simpan Sapulut pada jam 8 malam.
Katanya, panggilan diterima menerusi talian MERS999 dan sepasukan lima anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Abd. Fitri Sangkahan dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian sejauh 180 kilometer dari BBP itu, didapati terdapat seorang mangsa cedera disengat lebah di dalam hutan di alamat Hutan Simpan Sapulut.
Mangsa dilaporkan mengalami sesak nafas dan sukar untuk meneruskan perjalanan keluar dan memohon bantuan penyelamat.
“Tiada talian telefon di lokasi dan mangsa berhubung menggunakan radio satelit dan meminta rakan mangsa untuk menghubungi MERS999 meminta bantuan,” katanya.
Nurul berkata, mangsa merupakan seorang daripada sepasukan lima ahli geologist yang masuk ke dalam hutan simpan itu untuk menjalankan kajian arang batu.





























